Saya percaya ketika menulis artikel ini jasad Almarhum Dato Ishak Baharom sedang disemadikan di Makam Di Raja Selangor di Shah Alam.
Sebaik "dipecat" dari jawatan Mufti Selangor pada tahun 1997 wajah Almarhum tidak lagi mendapat tempat di kaca TV atau media arus perdana. Satu-satunya ulamak besar yang dilahirkan oleh negeri Selangor ini terus dipinggirkan oleh kerajaan negerinya sendiri. Betapa sedihnya seorang bertaraf bekas Mufti tidak dibenarkan memberi kuliah atau berkhutbah di negerinya sendiri!
Namun Almarhum bukan calang-calang ulamak. Beliau tetap "consistent" dengan sikap dan pendiriannya dari semasa beliau menjawat jawatan Mufti selama 12 tahun sehinggalah beliau dipecat dari jawatan itu.
Antara faktor pemecatan beliau adalah kerana beberapa lanngkah berani yang telah diambilnya atas nama Mufti Selangor. Langkah berani itu dikatakan kontroversial oleh mereka yang cemburu pada Islam. Ketika Almrhum Muftilah fatwa mengharamkan rokok dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Selangor. Beliau terlibat secara langsung dalam mengambil tindakan terhadap pertandingan ratu cantik yang melibatkan wanita Islam serta operasi pembenterasan maksiat sehinggalah tindakan beliau itu tidak disenangi oleh sesetengah pihak. Peristiwa yang berlaku di "Restoran The Ship" di Damansara Utama, dimana serbuan dibuat oleh pihak berkuasa agama ketika berlangsungnya majlis maksiat di sana, merupakan insiden yang telah mengakibatkan Almarhum dipecat.
Pihak tertinggi di Selangor ketika itu malangnya menyebelahi penganjur maksiat dan tergamak memecat seorang Mufti.
Hari ini jasad ulamak besar ini dimakamkan dikomplek Makam di Raja sekaligus memberikan penghormatan tertinggi kepada beliau sungguhpun masa hidupnya beliau dipinggir dan dimusuhi. Begitulah berakhirnya hayat seorang yang mulia. Yang pentingnya adalah di alam akhirat nanti yang sudah pasti menjanjikan tempat yang lebih indah dan selesa bagi mereka yang berkorban diri untuk agama Nya di dunia.
Dalam Utusan Malaysia hari ini dimuatkan pandangan seorang bekas Mufti dan seoang Mufti berkenaan Almarhum:
"Beliau adalah guru yang sangat alim dan tinggi akhlaknya. Malah Allahyarham yang saya kenali juga seorang yang berpendirian tegas serta tidak berkompromi terutamanya yang menyentuh soal amar makruf nahi mungkar"
(bekas Mufti Wilayah, Datuk Hashim Yahya)
"Allahyarham ialah seorang ulama yang cukup gigih, berani, tegas dalam berdakwah sehingga disegani kawan dan digeruni lawan. Malah sepanjang beliau berkhidmat dahulu pun, beliau sanggup menegakkan kebenaran Islam tanpa memikirkan apa yang bakal dihadapi kesan daripada tindakannya itu."
(Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria)
Pada tanggal 16 Mac 1998 Harakah melalui “English Section” nya telah menerbitkan artikel saya yang berikut di muka depannya:
The Selangor Mufti – The Changing of the guards
Saya menulis berkenaan pengumuman Mufti baru oleh kerajaan negeri Selangor berikutan pemecatan ke atas Mufti sebelumnya iaitu Dato Ishak Baharom. Saya menulis:
The former soft spoken and friendly Mufti Dato Ishak Baharom is a legend that could not be easily forgotten nor replaced. He shall go down in the annals of Selangor and Malaysian history as the first and only Mufti who was terminated for upholding the true teachings of Islam.
Dalam artikel tersebut juga saya menonjolkan beberapa contoh keberanian Dato Ishak dalam menegakkan kebenaran walaupun terpaksa menanggung risiko yang tinggi. Salah satunya adalah semasa keluar dalam program popular ketika itu Forum Perdana Ehwal Islam. Saya menulis:
Once during a forum in Bangi the moderator, Dr Hasan Ali, posed a question to all the panelists on their views regarding those who belittle and make fun of the Hudud Laws. Dato Hj Ishak being one of the panelists without any hesitation applying the Quran and Sunnah, labelled these groups as murtad in the first instance. Another panelist, Dr Harun Din later remarked that never in his personal experience has he heard a daring and straight forward remark ever been given by any Mufti in Malaysia.
Dato Ishak ketika itu telah dipecat walaupun kerajaan negeri sebenarnya baru sahaja memperbaharui kontraknya untuk satu penggal yang baru. Alasan yang diberikan kononnya faktor usia. Saya menulis:
In one ceramah in Subang Airport Mosque he revealed that his contract did expire but it was renewed earlier on for another term and if age factor was the reason, then there are a few more Muftis who should also be asked to leave. A Mufti in one state is almost 80.
Dan dipenghujung artikel itu saya menulis:
Right now Selangor has lost the services of a noble and distinguished aleem. Though Dato Hj Ishak might no longer be the Mufti officially, in the eyes of the rakyat in Selangor and dep in the hearts of many he shall always remain one.
Siang tadi kira-kira jam 3.00 petang Dato Hj Ishak Baharom telah pulang ke rahmatullah pada usia 80 tahun akibat komplikasi tekanan darah. Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas roh ulamak besar ini, Alfatihah
Tuesday, April 8, 2008
Dipecat tetapi disemadi di Makam Di Raja
Tulisan Oleh Roslan SMS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Mudah-mudahan Allah mencucuri rahmat ke atas beliau. Amin...
Post a Comment